"Seorang yang sabar, baik hati, memahami, dan suka memaafkan kesalahan orang. Seorang anak yang berhati lembut dan cepat tersentuh sekalipun tidak melibatkan darah daging sendiri. Seorang pencinta yang setia dan seorang isteri yang berjiwa keibuan. Seorang pemalu dan akan hilang sifat kemaluan apabila sudah ngam! DAN seorang pencinta kucing. (Okey! korang kena tipu)"

Endometriosis: Chocolate Cyst Surgery dan Usaha Mendapatkan Zuriat.


Sambungan Part II: Kesan lucrin injection

Apa itu lucrin?
Aku pun tak pasti apa itu lucrin. Based on apa aku baca di internet lucrin/Lupron/leuprorelin acetate adalah ubat yang digunakan untuk merawat kanser prostate. Benda ni juga digunakan untuk merawat hormon condition yang melibatkan sistem pembiakan seperti endometriosis, fibroid, penipisan dinding rahim, kanser payudara dan precocious puberty. Semasa di hospital, doctor ada ceritakan apa benda lucrin ni. Tapi angguk faham jela huhu.

So, aku dapat injection betul-betul 4 cm bawah pusat. Masa kena cucuk tu agak pedih ya. Dari segi pemahaman aku, lucrin ni sebenarnya satu ubat untuk stopkan hormone dalam badan kita contohnya menstrual lah. Fungsi utama injection ni untuk stopkan period cycle dimana dengan injection ni hormone estrogen kita tak dihasilkan bagi mengurangkan/mengaktifkan sel-sel cyst yang ada dalam rahim tu. Baru aku paham, setiap kali cycle period tu akan menghasilkan estrogen, dan estrogen ni la antara punca cyst. Tapi mesti la ada pros and cont kenapa Allah Taala ciptakan dia kan. Mungkin estrogen berlebihkan yang menyebabkan penyakit ni. So, untuk clearkan benda ni dari badan kita, kena la stop period. Erti kata lain, kita kena menopause selama 3 bulan/6 bulan. So that badan kita free dari cyst (mudah-mudahan). Ada orang boleh ada cyst balik selepas setahun operation. Semua tu sebab pemakanan.

Ada banyak effect lucrin ni kat badan kita (ikut orang juga)

1.Pain, swelling or redness at the injection site
2.Cough
3.Unusual tiredness or weakness
-       Symptom ni aku rasa juga. Badan selalu lemah dan tak bertenaga. Aku lawan dengan banyakkan makan buah.
4.Tiredness, sleepiness or drowsiness
-       Mengantuk tu tak pasti la. Sebab sebelum operate pun kuat tido hahah. Lepas cucuk pun kuat tido juga.
5.Difficulty sleeping
6.Mild muscle, back or joint pain
7.Changes in testicular size
8.Change in your sexual drive
9.Inability to get or maintain an erection
10.Sweating and body odour
11.Hot flushes
-       Every 10 minutes! Kadang tu xsampai 10 minit. Tido malam kipas on, air cond pun on. My God! Duduk sesaje tetiba terasa bahang. Berpeluh. 20 seconds lepas tu ok balik.
12.General pain
13.Nausea/vomiting
14.Buzzing, hissing, whistling, ringing or other persistent noise in the ear
15.Mild skin problems such as rash, itching, hives, dry skin or acne
-       Yasss! Especially area perut
16.Headache
17.Dizziness or light-headedness
-       Kalau nak bangun dari baring, msti kena take time duduk dulu untuk elak melayang jatuh. Bila naik kereta mesti akan pening.
18.Diarrhoea
19.Constipation

Dan banyak lagi symptomnya tau. Korang boleh google lah page lain. Kalau korang rasa symptom lain macam dari kehidupan normal sebelum operation, elok lah bawa jumpa doctor dapatkan nasihat dan rawatan.


So, hari ni dah hari ke 15 dah aku period. Tak pernah-pernah period camni lama. Selalunya hari ke-enam dah boleh solat. Semasa warded ritu aku dah hari ke 18 cycle. Lagi 4 hari lebih kurang nak period. Masa nak discharge tu aku dah start period. Belum sempat pun lucrin nak bertindak dan period hahah. Mungkin next period la stop. Untuk hari ke-15 ni aku agak risau juga dan masih berharap darah ni stop dalam masa terdekat. Next appointment injection kedua 29 March 2019 nanti. Inshallah.


Endometriosis: Chocolate Cyst Surgery dan Usaha Mendapatkan Zuriat.



Sambungan Part I

Setahun lebih follow up dengan GH tapi at last appointment doktor cakap cyst dah takda (I’m free from cyst) tapi yang pelik nya perut makin kerap sakit tak kira waktu. Memang dari belasan tahun lagi aku punya period pain sangat teruk, asal period je mesti kena makan pain killer kalau tak atas katil jela tempat aku selama dua hari. Pernah dua kali aku period pain yang sangat teruk hingga muntah-muntah. Kedua-dua kejadian ni jadi pada awal pagi waktu nak pergi kerja. Elok sampai office je terus perut memulas hingga nak jalan pun terbongkok-bongkok. Kepala jadi pening dan angin menolak nak muntah. Kawan bawakan aku ke klinik untuk yang first timenya, kali kedua benda yang sama berulang terus ke Hospital Umra di Shah Alam. Pada masa tu cyst dah 4cm. Masa doctor GH bagitau cyst dah takda, aku seronok la dari 2cm kepada 4cm. Tup tup dah xda cyst. Peluang nak dapat anak tinggi la sikit. So kitaorang proceed dengan fertility test. Baru lepas step ambil darah aku pada hari ke 14.

Sebulan kemudian, even lepas period perut still rasa senak di bahagian bawah perut sebelah kiri (rahim). Disebabkan terlalu kerap sangat so terdetik nak pergi check up di Klinik XX dan hasilnya doktor detect tiga cyst di rahim!! Terus minta doctor keluarkan refer letter dan aku decided untuk bawa ke hospital private kali ni.  Aku pilih Uitm Private Specialist Centre Sg Buloh sebab dekat dengan rumah dan panel insurance company.


Masa ni doktor detect ada tiga. Disebabkan niat ke klinik ni nak dapatkan refer letter je.

Di Hospital UiTM, semua urusan berkenaan insuran, dapatkan GL settled by hospital itself.  So aku warded pada 25 February 2019. Case under Dr.Noorneza (very nice person) Operation laparoscopy pada Rabu petang 27 February 2019. Waktu nak masuk OT tu macam-macam perasaan ada yela orang first time nak kena operate huhu. Dr. Noorneza ajar aku baca doa semoga dipermudahkan urusan. Then dalam OT tu aku tak sedar pun bila masa aku terlelap lepas kena bius. Masa tu jam 1.30 petang. Tak lama lepas tu dengar ada orang panggil nama ‘Syazwani… Syazwani.. bangun. Dah siap dah’ hahaha. Celik sikit tengok nurse sibuk nak alih aku naik katil untuk balik ke bilik. Perut masa tu xdela sakit sangat sebab mungkin ada lagi sisa-sisa ubat bius. Dalam sedar tak sedar tu nampak husband kat sebelah lega sikit rasanya. Tengok jam dah 4.30 petang. Lama juga operation tu, hampir 3jam juga la. Lama juga aku tido lepas operation tu, 8.30 malam baru betul-betul terjaga.

At first aku pelik kenapa nurse letak branula sini, jenuh la aku xboleh bengkok tangan kang jadi robot. Rupanya masa ni dorang nak masukkan satu ubat/cecair kuantiti yang banyak sewaktu buat CT scan. Masa ni first day warded.

Esoknya doctor maklum operation went well je cuma bagitau on left side agak complicated nak buang sebab cyst nya dh twist kebelakang dan menempel dengan dinding (dinding apa pun aku tak tanya, time tu angguk paham je, ahahh bodohnya aku).. Susah nak bayangkan mmmm. Time ni lah doctor bagitau fallopian tube belah kiri dah tak function. Sekarang Cuma harapkan belah kanan je untuk ambil telur untuk disenyawakan.
Doktor cadangkan:
1)      Perlu ambil lucrin injection selama 3 bulan atau 6 bulan untuk elak cyst lain-lain active. Dan juga untuk bersihkan rahim aku dari semua bendasing huhu.
2)      Kalau ambil injection 3 bulan je, bulan ke-4 kena usaha dapatkan zuriat. Kalau tak jaga makan cyst akan ada semula.
3)      Sama juga kalau ambil 6 bulan injection, bulan ke-7 dah start pulun dapatkan zuriat. Mostly pesakit ambil 3 bulan injection je sebab mahal sehhh. Sekali injection dah RM400++
4)      Bagi pesakit Stage 3:Endometriosis seperti aku, doctor cadangkan buat ujian IUI atau IVF untuk mendapatkan zuriat.
5)      So, kami suami isteri sepakat untuk ambil 3 kali injection dan cuba dapatkan baby dengan cara natural dahulu.

Hari kedua selepas operation aku dah boleh discharged. Dua hari juga la dorg monitor keadaan aku. Dah boleh bangun ke, kencing ke, berak ke huhu. Boleh makan ke. Bleeding pun tak banyak. Hari ketiga tu tinggal tompok darah je. Masa proses discharged tu, aku tengok bill hospital Oooo mak aiii 18k jugak la harganya. Syukur alhamdulillah guna company insurance heheh.

Okay next story aku cerita kesan injection lucrin kat badan aku okay.
Tunggu Part III.

Bye.

Endometriosis: Chocolate Cyst Surgery dan Usaha Mendapatkan Zuriat.


Part I. 


Assalamualaikum wb.t dan Selamat Petang.


Hi all. Dah lama tak update blog ni. Tapi hari ni terdetik hati nak share pengalaman surgery laparoscopy untuk buang ovarian cyst pada 27 February 2019 yang lepas. So guys, i have been diagnosed with ovarian cyst both kanan dan kiri. 4cm dan 4.5cm dan surprisingly on the left side fallopian tube aku dah malfunction sebab dah block dan bengkak. I was like.. Ya Allah.. risaunya aku dengar.

Syukur alhamdulillah both ovaries masih function elok boleh menghasilkan telur dengan baik. Doktor cakap even tube sebelah pun dengan izin Tuhan masih boleh catch telur yang dilepaskan. So don’t worry much dan aku kena kekal positive in life. Need to reduce or stop terus overthinking dan banyakkan berdoa semoga dipermudahkan mendapat zuriat. Yela, kebanyakan orang selalu pikir sangat kenapa la aku ni tak dapat anak lagi huhuhu. Pastu cuba yang tu cuba yang ni hingga binasakan badan sendiri. Tahun ni dah masuk tahun kedua usia perkahwinan aku dan husband tapi masih tiada rezeki nak menimang anak. Usaha dah banyak dah.. Pergi mengurut, makan jamu, makan supplement.. Asid folic dah berkotak dah habis. Aku consumed asid folic Appeton. Dan belum sempat habiskan ujian fertility dengan GH tup tup dah kena operate.  

Laparoscopy surgery. Aku kena tebuk empat. 


Macamana boleh detect cyst?

Benda ni start pada 2016 yang lepas. At that time aku kerap on off demam, berulang alik ke klinik untuk checkup sampailah satu hari tu doctor keluarkan refer letter dan aku decided untuk bawa ke GH memandangkan masa tu personal insurance aku ada masalah sikit. Semasa checkup doctor detect aku ada appendicitis. Aku yakin tu bukan appendic sebab aku demam kot bukan sakit perut plus aku sakit perut sebab masuk angin je. So aku warded dan maka esoknya berduyun lah doctor pakar bersama student dorg datang check. Lepas sorang-sorang datang check. Doktor terakhir bagitau bukan appendic. Bayangkan kalau dorang dah toreh perut ni padahal takda appendic?! Dan yang paling geramnya ada seorang Indian doctor tu cakap aku acting an drama hahahah sebabnya muka aku at that time nampak pusat macam sakit. Well hello doctor, siapa yang nak sakit? Ingat seronok ke kena cucuk branula tu. In front of your patient boleh dia cakap macam tu?.. Lepas tu dorang bawa aku ke Jabatan O&G untuk checkup perut dan jumpa 2cm cyst di ovary. Bermula dari sini la sejarah cyst aku bermula huhuhu..

Tunggu Part II.

Husband dah balik kerja. Esok sambung yer macamana aku boleh detect sakit ni.