"Seorang yang sabar, baik hati, memahami, positif dan suka memaafkan kesalahan orang. Seorang anak yang berhati lembut dan cepat tersentuh sekalipun tidak melibatkan darah daging sendiri. Seorang pencinta yang setia dan seorang isteri yang berjiwa keibuan. Seorang pemalu dan akan hilang sifat kemaluan apabila sudah ngam! DAN seorang pencinta kucing. (Okey! korang kena tipu)"

#bpKrabi



Assalamualaikum. Dah lama sebenarnya aku nak update trip ke Krabi ni tapi terlupa. Hari-hari ingat tapi bila ngadap laptop terus lupa. Okaylah. Memandangkan benda ni just nak throwback je, so aku share banyak gambar jelah. Kami pergi berempat. Aku, Wawa, Nik, and Zack. Benda tak dirancang pun. Wawa ajak, kitaorang pun automatik jom! Hahah.


Flight jam 530 p.m. Waktu perjalanan sangatlah pendek. Dalam 1jam10min sahaja. Touchdown je Krabi Airport kitaorang sewa teksi van, dan teksi tu singgah HQ dia dan promote ke kitaorang pakej. Done dengan pakej, terus ke hotel. Makan malam dan pusing-pusing beach kat Ao Nang. Dan ready untuk aktiviti esok.

BUDGET.

Flight RM 185
Hotel 4h3m RM85.50
Teksi Van 600 baht (150 baht per person)
Pakej - Day 1 - Phi-Phi Island 1200 baht
- Day 2 - Ao Thaland Kayakking and Swimming 1300 baht
6 Island Ticket 400 baht


++ Breakfast/Lunch/Dinner dan souvenir overall dalam RM700. Kalau korang pandai cari pakej yang lagi murah lagi jimat. 


Ready to fly yeay!
  
#NIKWAWANIKZACKMENGEMBARA. credit to Wawa. So, ni kitaorang ada kat depan travel agency tu. Banyak discount kitaorang dapat. Termasuklah transport balik dari Ao Nang ke Krabi Airport. Good service! Nora bagi 5 bintang!! 


Pakej Ao Thaland Kayakking and Swimming untuk hari kedua. Kitaorang rather amek Kayakking dari pergi naik gajah. Sebab kitaorang pencinta haiwan. Motif? Taklah. Saja nak kayak lagi. Lagi best. 

Day 1 activities. Antara sebab pertama kenapa orang datang ke Krabi. Phi Phi Island! Keliling 6 islands and snorkling.  Malu nak cakap mm aku muntah sebab mabuk laut kahkahkah.

J Hotel. Sangat murah dan selesa!. 

2 Single bed. *jogetjoget

Toilet. Tersangatlah bersih dan selamat (aku dah check, xda cctv hahah) Mohon bawa sabun okay. Dorang tak sediakan apa apa toiletries. 7E dekat. Pergi sana.

Another side. Cun kan :) Okay boleh tidur dengan nyenyak!




DAY 2
6 Islands + Snorkling











Wajib amek pakej sekali lunch buffet okay! 




Day 3
Kayakking and Swimming




























FOOD! Aku gila datang sini. Semua nak beli. Segala jenis "TAM" ada haha







Last!
Souvenir Tshirt Krabi dua helai. Boyfreng sehelai. Aku sehelai *heeeee


Mak ayah and friends







Next?
Dah. Balik kerja dulu. Bye



Passport/Krabi


25 tahun baru buat passport? Hehe malu kitew. So buat passport sangat lah mudah dan cepat. Aku buat tadi kat Jabatan Imigresen UTC Sentul dalam masa 40 minit dah siap. Dia just ada tiga step. Firstly kau ke Kaunter first untuk ambil gambar dan tanya beberapa soalan pasal diri kau. Alahh dia just tanya ketinggian kau je. Disebabkan abang kaunter tu lelaki, muda, so dia kasi la chance kat aku tengok rupa gambar aku, kalau tak elok, katanya nak snap lagi sekali hahaha. Tak fair betul. Tu la lelaki.. Kannnnn.... Nak pakai 5tahun beb, kena la senyum elok sikit. So aku puas hati dengan gambar tu. Setel pendaftaran. Kau hanya perlu bawa IC dan satu copy IC je. 

Sabar yer. Anda akan dilayan sebentar lagi 

Second kaunter, pembayaran sebanyak RM200 sebab umur aku 25 tahun. So aku bagi link Jabatan Imigresen kat korang. Rujuk sini harga setiap peringkat umur. And last step kaunter serahan passport. Simple as it!. 
Siap!!



Tak sabar nak ke Krabi lepas raya !!! Yeayy!!






Broga Hill. One of Breathtaking Hikes


Assalamualaikum followers, readers, bloggers, viewers dan semua-semua. 



Biar aku intro dengan Broga Hill dulu okay. Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyeh, Selangor sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut. Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan awal pendakian untuk mendaki Gunung Tok Wan (Sumber). Sangat sesuai untuk newbie yang suka hiking okey sebab track dia takdela mencabar sangat 

belogtakcool.blogspot.com broga hill
Bird Eye

Memandangkan aku dari KL je so jarak perjalanan takdelah jauh sangat. Aku dan lima orang lagi kawan-kawan aku decide nak pergi panjat bukit ni bukan sebab kitaorang ni kaki hiking pun, cuma saja nak buat aktiviti outdoor memandangkan semua orang sibuk dengan kerja, so sekali sekala bila buat aktiviti camni best jugak kan. Tenang sikit fikiran!. So pagi tu kami gerak dari Klang, Selangor pada jam 5.30 pagi dan stop dekat satu surau untuk solat subuh sebelum masuk ke Pekan Semenyeh. Tak la susah sangat pun nak mencari, buka je Maps kat hp tu, even kadang Maps gelong sikit suka tunjuk jalan pelik-pelik tapi alhamdulillah kami selamat sampai. 

Agak lambat sebenarnya kitaorang bertolak and terlepas sunrise hahahaha. Motif sebenar pergi hiking ni nak tengok sunrise tapi boleh pulak semua buat seronok tidor tak hingat dunia. Tapi takpelah, kitaorang sampai betul-betul kat kaki bukit pada jam 6.30pagi dan start mendaki. First impression, excited gila baq haiangggg! Bila tengok ramai gila orang yang datang. Parking full! Kaya la pakcik jaga parking tu kalau tiap weekend camni haha. Bayaran parking, RM2 sekali masuk.

So, bermula la aktiviti mendaki Broga Hill. Ramai yang condemn pakaian aku sebab aku tak proper, berseluar jeans panjat bukit tu. So what? Janji aku selesa kan. Plus, ramai je pendaki lain berseluar jeans, siap berselipar lagi. Kasut pulak okay la hari ni nak panjat semalam pukul 5 petang baru sibuk nak mencari sport shoes hahah. Don't mind janji dapat panjat dan tak tergelincir kan. Sepanjang pendakian tu ramai betul orang kadang sampai satu tahap kena berutur untuk daki bukit yang agak curam. Sokay la semua orang enjoy dengan trip tu kan. Sejam lebih jugak la mendaki dan akhirnyaaaaaahhh kami sampai dipuncak Broga Hill. 

belogtakcool.blogspot.com broga hill
Last checkpoint Broga Hill. We made it! Applause! Applause!

View Broga Hill awesome! Berbaloi-baloi kau panjat, tenang! Sebenarnya korang yang aktif dan fit boleh je sampai cepat atas puncak. Mandangkan salah seorang dari kami berlima agak besar, so kitaorang slow sikit mendaki. Tolong member beb! Takkan nak tinggal kan. Berat sama dipikul hihihi. Sapa tak sayang member beb!. Broga Hill ada 4 checkpoint. Err.. ekk? Alamak aku lupa berapa checkpoint Broga Hill woih!!! Empat kot aku rasa. Kami mendaki sampai kepuncak tertinggi. Best! Pengalaman yang susah nak dapat. Almaklumlah beginner huhuhuhuhu.
Kejap nak belanje gambor :) 


belogtakcool.blogspot.com broga hill
#hashtag #GadisBrogaHill .. Ini batu yang paling curam kami duduk. Sumpah kalau tergelongsor sikit, kita jumpa kat bawah! Hidup belum tentu.


belogtakcool.blogspot.com broga hill
Girls. This is the best way to release tension after heartbroken hahaha


belogtakcool.blogspot.com broga hill
Dunia tak sekejam yang kita fikirkan. Peace! - Nik

belogtakcool.blogspot.com broga hill
Friends are born, not made.

belogtakcool.blogspot.com broga hill
Power nap 5 minit kahkah


belogtakcool.blogspot.com broga hill
Lepas makan kenduri ke komee?!


belogtakcool.blogspot.com broga hill
Bird eye perspective 


belogtakcool.blogspot.com broga hill
Tak ingat atas tu checkpoint keberapa T.T


belogtakcool.blogspot.com broga hill
We have two hands. One to help ourself and the second one to help others


belogtakcool.blogspot.com broga hill
Be happy for this moment. This moment is your life


belogtakcool.blogspot.com broga hill
Aku tak perlukan kawan lelaki yang boleh membuatkan aku rasa cool.
Cukuplah si si bebal lima orang ni hahahahaha


Setel mendaki, kitaorang turun dalam jam 1130 pagi dan waktu tu hanya ada beberapa group je atas bukit tu. Masa ondaway turun tu ada je lagi orang baru nak start mendaki. Kau ingat naik je penat? Turun pun penat jugak! Sakit kaki terutamanya ibu jari kaki. Agak penat tapi sangat seronok. Lepas je mendaki ni kitaorang terus pergi  mandi sungai. Sungai Gabai yang terletak di Hulu Langat. Korang yang nak pergi Maps/Waze je. Boleh tahan best tapi penat nak manjat tangga so kitaorang mandi kat bawah bawah je. Motif - Nak hilangkan bau dan peluh badan lepas hiking. Baru segerrrrr!


belogtakcool.blogspot.com broga hill sungai gabai



belogtakcool.blogspot.com broga hill sungai gabai



belogtakcool.blogspot.com broga hill sungai gabai




Terima kasih kawan-kawan untuk ini. Berkekalan engkau wahai 'kebahagiaan'. !!


So, bila nak repeat? HAHAHAHA