Assalamualaikum followers, readers, bloggers, viewers dan semua-semua.
Biar aku intro dengan Broga Hill dulu okay. Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyeh, Selangor sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut. Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan awal pendakian untuk mendaki Gunung Tok Wan (Sumber). Sangat sesuai untuk newbie yang suka hiking okey sebab track dia takdela mencabar sangat
|
Bird Eye |
Memandangkan aku dari KL je so jarak perjalanan takdelah jauh sangat. Aku dan lima orang lagi kawan-kawan aku decide nak pergi panjat bukit ni bukan sebab kitaorang ni kaki hiking pun, cuma saja nak buat aktiviti outdoor memandangkan semua orang sibuk dengan kerja, so sekali sekala bila buat aktiviti camni best jugak kan. Tenang sikit fikiran!. So pagi tu kami gerak dari Klang, Selangor pada jam 5.30 pagi dan stop dekat satu surau untuk solat subuh sebelum masuk ke Pekan Semenyeh. Tak la susah sangat pun nak mencari, buka je Maps kat hp tu, even kadang Maps gelong sikit suka tunjuk jalan pelik-pelik tapi alhamdulillah kami selamat sampai.
Agak lambat sebenarnya kitaorang bertolak and terlepas sunrise hahahaha. Motif sebenar pergi hiking ni nak tengok sunrise tapi boleh pulak semua buat seronok tidor tak hingat dunia. Tapi takpelah, kitaorang sampai betul-betul kat kaki bukit pada jam 6.30pagi dan start mendaki. First impression, excited gila baq haiangggg! Bila tengok ramai gila orang yang datang. Parking full! Kaya la pakcik jaga parking tu kalau tiap weekend camni haha. Bayaran parking, RM2 sekali masuk.
So, bermula la aktiviti mendaki Broga Hill. Ramai yang condemn pakaian aku sebab aku tak proper, berseluar jeans panjat bukit tu. So what? Janji aku selesa kan. Plus, ramai je pendaki lain berseluar jeans, siap berselipar lagi. Kasut pulak okay la hari ni nak panjat semalam pukul 5 petang baru sibuk nak mencari sport shoes hahah. Don't mind janji dapat panjat dan tak tergelincir kan. Sepanjang pendakian tu ramai betul orang kadang sampai satu tahap kena berutur untuk daki bukit yang agak curam. Sokay la semua orang enjoy dengan trip tu kan. Sejam lebih jugak la mendaki dan akhirnyaaaaaahhh kami sampai dipuncak Broga Hill.
|
Last checkpoint Broga Hill. We made it! Applause! Applause! |
View Broga Hill awesome! Berbaloi-baloi kau panjat, tenang! Sebenarnya korang yang aktif dan fit boleh je sampai cepat atas puncak. Mandangkan salah seorang dari kami berlima agak besar, so kitaorang slow sikit mendaki. Tolong member beb! Takkan nak tinggal kan. Berat sama dipikul hihihi. Sapa tak sayang member beb!. Broga Hill ada 4 checkpoint. Err.. ekk? Alamak aku lupa berapa checkpoint Broga Hill woih!!! Empat kot aku rasa. Kami mendaki sampai kepuncak tertinggi. Best! Pengalaman yang susah nak dapat. Almaklumlah beginner huhuhuhuhu.
Kejap nak belanje gambor :)
|
#hashtag #GadisBrogaHill .. Ini batu yang paling curam kami duduk. Sumpah kalau tergelongsor sikit, kita jumpa kat bawah! Hidup belum tentu. |
|
Girls. This is the best way to release tension after heartbroken hahaha |
|
Dunia tak sekejam yang kita fikirkan. Peace! - Nik |
|
Power nap 5 minit kahkah |
|
Lepas makan kenduri ke komee?! |
|
Bird eye perspective |
|
Tak ingat atas tu checkpoint keberapa T.T |
|
We have two hands. One to help ourself and the second one to help others |
|
Be happy for this moment. This moment is your life |
|
Aku tak perlukan kawan lelaki yang boleh membuatkan aku rasa cool.
Cukuplah si si bebal lima orang ni hahahahaha |
Setel mendaki, kitaorang turun dalam jam 1130 pagi dan waktu tu hanya ada beberapa group je atas bukit tu. Masa ondaway turun tu ada je lagi orang baru nak start mendaki. Kau ingat naik je penat? Turun pun penat jugak! Sakit kaki terutamanya ibu jari kaki. Agak penat tapi sangat seronok. Lepas je mendaki ni kitaorang terus pergi mandi sungai. Sungai Gabai yang terletak di Hulu Langat. Korang yang nak pergi Maps/Waze je. Boleh tahan best tapi penat nak manjat tangga so kitaorang mandi kat bawah bawah je. Motif - Nak hilangkan bau dan peluh badan lepas hiking. Baru segerrrrr!
Terima kasih kawan-kawan untuk ini. Berkekalan engkau wahai 'kebahagiaan'. !!
So, bila nak repeat? HAHAHAHA
No comments:
Post a Comment