Sambungan Part
I
Setahun lebih
follow up dengan GH tapi at last appointment doktor
cakap cyst dah takda (I’m free from cyst) tapi yang pelik nya perut makin kerap
sakit tak kira waktu. Memang dari belasan tahun lagi aku punya period pain
sangat teruk, asal period je mesti kena makan pain killer kalau tak atas katil
jela tempat aku selama dua hari. Pernah dua kali aku period pain yang sangat
teruk hingga muntah-muntah. Kedua-dua kejadian ni jadi pada awal pagi waktu nak
pergi kerja. Elok sampai office je terus perut memulas hingga nak jalan pun
terbongkok-bongkok. Kepala jadi pening dan angin menolak nak muntah. Kawan
bawakan aku ke klinik untuk yang first timenya, kali kedua benda yang sama
berulang terus ke Hospital Umra di Shah Alam. Pada masa tu cyst dah 4cm. Masa
doctor GH bagitau cyst dah takda, aku seronok la dari 2cm kepada 4cm. Tup tup
dah xda cyst. Peluang nak dapat anak tinggi la sikit. So kitaorang proceed
dengan fertility test. Baru lepas step ambil darah aku pada hari ke 14.
Sebulan
kemudian, even lepas period perut still rasa senak di bahagian bawah perut
sebelah kiri (rahim). Disebabkan terlalu kerap sangat so terdetik nak pergi
check up di Klinik XX dan hasilnya doktor detect tiga cyst di rahim!! Terus minta
doctor keluarkan refer letter dan aku decided untuk bawa ke hospital private
kali ni. Aku pilih Uitm Private
Specialist Centre Sg Buloh sebab dekat dengan rumah dan panel insurance company.
Masa ni doktor detect ada tiga. Disebabkan niat ke klinik ni nak dapatkan refer letter je. |
Di
Hospital UiTM, semua urusan berkenaan insuran, dapatkan GL settled by hospital
itself. So aku warded pada 25 February
2019. Case under Dr.Noorneza (very nice person) Operation laparoscopy pada Rabu
petang 27 February 2019. Waktu nak masuk OT tu macam-macam perasaan ada yela
orang first time nak kena operate huhu. Dr. Noorneza ajar aku baca doa semoga
dipermudahkan urusan. Then dalam OT tu aku tak sedar pun bila masa aku terlelap
lepas kena bius. Masa tu jam 1.30 petang. Tak lama lepas tu dengar ada orang
panggil nama ‘Syazwani… Syazwani.. bangun. Dah siap dah’ hahaha. Celik sikit
tengok nurse sibuk nak alih aku naik katil untuk balik ke bilik. Perut masa tu
xdela sakit sangat sebab mungkin ada lagi sisa-sisa ubat bius. Dalam sedar tak
sedar tu nampak husband kat sebelah lega sikit rasanya. Tengok jam dah 4.30
petang. Lama juga operation tu, hampir 3jam juga la. Lama juga aku tido lepas
operation tu, 8.30 malam baru betul-betul terjaga.
Esoknya
doctor maklum operation went well je cuma bagitau on left side agak complicated
nak buang sebab cyst nya dh twist kebelakang dan menempel dengan dinding
(dinding apa pun aku tak tanya, time tu angguk paham je, ahahh bodohnya aku)..
Susah nak bayangkan mmmm. Time ni lah doctor bagitau fallopian tube belah kiri
dah tak function. Sekarang Cuma harapkan belah kanan je untuk ambil telur untuk
disenyawakan.
Doktor
cadangkan:
1)
Perlu ambil
lucrin injection selama 3 bulan atau 6 bulan untuk elak cyst lain-lain active.
Dan juga untuk bersihkan rahim aku dari semua bendasing huhu.
2)
Kalau ambil
injection 3 bulan je, bulan ke-4 kena usaha dapatkan zuriat. Kalau tak jaga
makan cyst akan ada semula.
3)
Sama juga
kalau ambil 6 bulan injection, bulan ke-7 dah start pulun dapatkan zuriat.
Mostly pesakit ambil 3 bulan injection je sebab mahal sehhh. Sekali injection
dah RM400++
4)
Bagi pesakit
Stage 3:Endometriosis seperti aku, doctor cadangkan buat ujian IUI atau IVF
untuk mendapatkan zuriat.
5)
So, kami suami
isteri sepakat untuk ambil 3 kali injection dan cuba dapatkan baby dengan cara
natural dahulu.
Hari
kedua selepas operation aku dah boleh discharged. Dua hari juga la dorg monitor
keadaan aku. Dah boleh bangun ke, kencing ke, berak ke huhu. Boleh makan ke.
Bleeding pun tak banyak. Hari ketiga tu tinggal tompok darah je. Masa proses
discharged tu, aku tengok bill hospital Oooo mak aiii 18k jugak la harganya.
Syukur alhamdulillah guna company insurance heheh.
Okay
next story aku cerita kesan injection lucrin kat badan aku okay.
Tunggu
Part III.
Bye.
1 comment:
anniversary wishes for di and jiju
anniversary wishes for uncle and aunty
Post a Comment